Tuesday, August 10, 2010
Sunday, August 1, 2010
PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS
- BUAT PENILAIAN SEGERA MENGENAI KESELURUHAN KEADAAN KECEMASAN DI KAWASAN TERSEBUT
- ATASI PUNCA KECEMASAN SEKIRANYA MASIH ADA LAGI ATAU PINDAHKAN MANGSA DARIPADA KEADAAN BERBAHAYA
- BERTINDAK SECARA WASPADA DAN PENUH KEYAKINAN
- PERIKSA NADI MANGSA
- PERIKSA PERNAFASAN MANGSA
- KAWAL SEMUA BENTUK PENDARAHAN
- TENTUKAN KEADAAN KESEDARAN MANGSA
- BERIKAN KEUTAMAAN KEPADA KECEDERAAN MENGIKUT KEPARAHAN
- TENANGKAN MANGSA
- KENDALIKAN MANGSA DENGAN BAIK
- TANGGALKAN PAKAIAN MANGSA SEKIRANYA PERLU
- BUAT PERSIAPAN UNTUK MENGHANTAR MANGSA KE UNIT PERUBATAN YANG TERDEKAT
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
- PC MEMBOLEHKAN INDIVIDU YANG TERLATIH MEMBERI BANTUAN UNTUK:
- MENYELAMATKAN NEGARA
- MEMBANTU PEMULIHAN
- MENCEGAH KECEDERAAN ATAU PENYAKIT DARIPADA MENJADI BERTAMBAH BURUK
3. PPC HENDAKLAH BEKEJSAMA DENGAN PPC YANG LAIN, MENGGUNAKAN BANTUAN ORANG RAMAI DAN BERSEDIA MEMBANTU KAKITANGAN PERUNATAN SEKIRANYA PERLU
4. INDIVIDU-INDIVIDU BERTINDAK BALAS SECARA BERBEZA KEPADA KECEDERAAN ATAU PENYAKIT PC HENDAKLAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SITUAISI INI DAN MENYESUAIKAN KAEDAH RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS TERSEBUT
5. RAWATAN PERUBATAN IALAH RAWATAN OLEH SEORANG DOKTOR DI TEMPAT KEJADIAN, DI RUMAH ATAU DI HOSPITAL
PERTOLONGAN CEMAS (PC) RAWATAN KECEMASAN UNTUK SESEORANG YANG TERCEDERA ATAU SAKIT
- BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP PERUBATAN DAN SURGERY MASA KINI
- PC BERMULA SEBAIK SAHAJA PERAWAT PERTOLONGAN CEMAS (PPC) TIBA DI TEMPAT KECEMASAN DAN BERTERUSAN SEHINGGA PESAKIT DIRAWAT OLEH DOKTOR, DIPINDAHKAN KE HOSPITAL, RUMAH ATAU TELAH PULIH SEMULA
PERTOLONGAN CEMAS DI RUMAH
- KERTAS-KERTAS NIPIS
- PEMBALUT TIGA SEGI
- PEMBALUT GULUNG
- KAPAS
- GELAS UBAT
- PIN PENYEMAT
- BUKU-BUKU PERINGATAN
- LAMPU SLUH
- PEMBALUT KETAT
- UBAT-UBAT TERTENTU
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
UNTUK MEMBERIKAN KEFAHAMAN TENTANG PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS BANTUAN-BANTUAN SEWAJARNYA DAPAT DIBERIKAN. OBJEKTIF-OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS ADALAH:
1.1 MENYELAMATKAN NYAWA
- SEKIRANYA TERHENTI DENYUTAN JANTUNG DAN PERNAFASAN BERIKAN BANTUAN PEMULIHAN PERNAFASAN DAN JANTUNG
- SETIAP SAAT ADALAH PENTING
- BERHENTIKAN PENDARAHAN
- PULIHKAN RENJATAN
- MENGURANGGAKN PERGERAKAN. BUAT APA YANG ANDA TAHU SAHAJA
- MELINDUNGI PESAKIT DENGAN BANTUAN PERSEKITARAN ALAM SEMULA JADI
- JANGAN BERI APA-APA MAKANAN ATAU MINUMAN MELALUI MULUT. BASAHKAN BIBIR SEKIRANYA PERLU
- MEMBERI SEMANGAT YANG KUAT KEPADA PESAKIT YANG MASIH SEDAR
- JANGAN TINGGALKAN PESAKIT BERSENDIRIAN
- PASTIKAN KEADAAN PESAKIT:
- PERIKSA NADI DAN PERNAFASA
PERTOLONGAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG TERCEDERA ATAU SAKIT DENGAN TIBA-TIBA SEBELUM MENDAPAT RAWATAN DARIPADA PIHAK DOKTOR ATAU SEBELUM KETIBAAN AMBULANS
SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS
- TAJAM PEMERHATIAN
- NAMPAK SEGALA TANDA-TANDA DAN GEJALA KECEDERAAN. KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN SI MALANG SAMA-SAMA DIUTAMAKAN
- HENDAKLAH MENGGENAKAN APA YANG SESUAI YANG TERDAPAT DI SEKELILING KITA
- JANGAN BERTINDAK KASAR DAN MENYAKITKAN ORANG YANG CEDERA
- BERBUDI TINGGI DAN TIDAK BERLAKU KASAR
- BERSIMPATI DENGAN YANG CEDERA
- MUKA YANG TERSENYUM MEMBERIKAN KEYAKINAN KEPADA PESAKIT
- LAKUKAN SETAKAT MANA YANG ANDA TAHU SAHAJA
Saturday, July 31, 2010
IKRAR PBSM
Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh, pada perlembagaan, dan undang-undang, serta arahan persatuan, walau dimana kami berada
Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberi, khidmat sukarela, kepada yang sakit, dan menderita, diwaktu aman, atau bencana, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
Kebebasan
Khidmat Sukarela
Ketunggalan
Kesejagatan
Wednesday, July 28, 2010
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Dasar Pertolongan Pertama adalah langkah seterusnya dalam pertolongan pertama selepas kursus pengantar. Ini bertujuan untuk memberikan liputan yang lebih menyeluruh tentang pemahaman dan panduan praktikal serta aspek teori bantuan pertama ke RC / RC Relawan dan masyarakat berdasarkan konsep pencegahan. Ini adalah penting bagi individu tahu dasar Pertolongan Pertama dan CPR menjadi Aide Pertama bersertifikat untuk menggunakan pengetahuan dalam memberikan bantuan, menyelamatkan nyawa mangsa dan menyebarkan pengetahuan kepada masyarakat.
Silabus
Untuk menghasilkan Pertama Aedes di masyarakat Malaysia, mencipta kesedaran keselamatan pertama, semangat membantu orang lain dan hidup sihat. Memahami konsep Pertolongan Pertama dan keperluan tubuh dan selalu bersiap sedia untuk memberikan uluran tangan pada saat diperlukan untuk kemanusiaan Malaysia dan sesama.
HASIL BELAJAR
Ini membantu masyarakat untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan Pertolongan Pertama dan penjagaan kesihatan.
Berpengetahuan dalam kerja tubuh manusia dan mampu merawat lebih baik dari itu.
Mengetahui punca penyakit ringan dan cara untuk memperlakukan mereka.
Menciptakan masyarakat yang peduli, bersedia membantu sesama pada masa keperluan.
Silabus
Definisi dan Prinsip Pertolongan Pertama
Tanggung Jawab dari Aide Pertama
Penilaian Keadaan dan Korban dan tanggapannya.
Struktur Tubuh
Darah Sistem peredaran darah
Sistem pernafasan
Keadaan sesak nafas
Syok
Kuasa kecederaan
Snake, Animal Bites & Sengatan Serangga
Luka & Bleeding
Broken Bones
Otot sendi & Luka
Dressing & Tuala
Burns Dan panas
Peracunan
Berpadanan
Resusitasi cardio paru (CPR)
Pindah kan Korban
Monday, July 26, 2010
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2010
BIL. | TARIKH | AKTIVITI/PROGRAM | CATATAN |
1 | JAN 13 20 27 | MESYUARAT AGONG | |
| LATIHAN PERHIMPUNAN RASMI DI DEWAN | PK KOKURIKULUM | |
| PERBINCANGAN AKTIVITI TAHUNAN | KELAS | |
2 | FEB 2 3 6 10 24 | SKUAD KECEMASAN LATIHAN MERENTAS DESA | |
| SKUAD KECEMASAN LATIHAN MERENTAS DESA | | |
| SKUAD KECEMASAN KEJOHANAN MERENTAS DESA | | |
| PEMBAHAGIAN PLTUN & SKUAD DENGGI | | |
| TAKLIMAT BUKU LOG & SKUAD DENGGI | | |
3 | MAC 3 24 31 | LATIHAN KAWAD KAKI 1 | |
| LATIHAN KAWAD KAKI 2 | | |
| LATIHAN KAWAD KAKI 3 | | |
4 | APRI 21 28 | LATIHAN KAWAD KAKI 4 | |
| KEMASKINI BUKU LOG : LAGU & SEJARAH PBSM | | |
5 | MEI 5 12 19 | PENGENALAN PETI PERTOLONGAN CEMAS | |
| TEORI RAWATAN KECEMASAN 1 | | |
| TEORI RAWATAN KECEMASAN 2 | | |
6 | JUN 6 30 | BENGKEL ANDUH | |
| TEORI RAWATAN KECEMASAN 3 | | |
7 | JULAI 7 14 21 28 | TEORI RAWATAN KECEMASAN 6 | |
| BENGKEL BALUTAN | | |
| TEORI RAWATAN KECEMASAN 5 | | |
| TEORI RAWATAN KECEMASAN 6 | | |
8 | OGOS 4 | KUIZ PERTOLONGAN CEMAS | |
9 | SEPT 15 22 24, 25, 26 | TEORI RAWATAN KECEMASAN 7 | |
| PENERANGAN DALAM DEMONTRASI CPR | | |
| PERKHEMAHAN | | |
10 | OKT 5, 6 13 15 22 | KARNIVAL BADAN BERUNIFORM | |
| JAMUAN | | |
| PENYERAHAN MARKAH PENILAIAN KOKU KEPEDA GURU KELAS | | |
| PENYERAHAN BUKU LAPORAN PENILAIAN KOKU | |
Saturday, July 24, 2010
Thursday, July 22, 2010
AHLI JAWATANKUASA
Monday, July 19, 2010
>untuk menyelamat nyawa
>mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk
>mengurangkan kesakitan.
>sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor
SISTEM PERNAFASAN
~Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara
~Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah
~Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya komposisi gas nitrogen
~Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG
~Dewasa = 15-20 kali seminit
~Kanak-kanak = 22-25 kali seminit
6 - 10 tahun
~Bayi = 35-40 kali seminit
BILANGAN NADI SESEORANG
~Dewasa = 70-80 kali seminit
~Kanak-kanak = 90-100 kali seminit
6 - 10 tahun
~Bayi = 100-140 kali seminit
SISTEM PEREDARAN DARAH
§Berfungsi menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di
dalam badan dan membawa bahan buangan keluar
§Dalam badan seseorang dewasa terdapat sekitar 4-6 liter darah
§Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5 liter darah
FUNGSI DARAH
~Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu
~Membawa bahan buangan ke organ pembuangan
~Melawan penyakit
~Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran
~Mengawal suhu badan
~Menghentikan pendarahan
RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)
§Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
§Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
§Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan
§Dua sebab utama CPR dilakukan
*terhenti pernafasan
*tiada nadi
PEMERIKSAAN A.B.C
A – Airway (saluran pernafasan)
B – Breathing (pernafasan)
C – Circulation (peredaran darah)
A - AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)
~Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.
~Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.
~Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.
~Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
~Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual kedalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
~Contohnya gigi palsu yang pecah.
B - BREATHING (PERNAFASAN)
~Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
~Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.
~Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.
~(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat).
~Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
~Contohnya mulut ke mulut.
C - CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)
~Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
~Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa
telah tidak berdenyut.
~Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua
iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
~Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
~Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
~Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.
~Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati
(cuaran xiphoid).
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
~Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
~Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
~Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
~Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
~Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
~Tentukan mulutnya terbuka.
~Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
~Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
~Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
~Catatan:
-Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.
-Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
-Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik
RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR DIRI
§Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
§Periksa sama ada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
§Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
§Buang sebarang benda asing dari mulut.
§Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
§Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
§Tentukan mulutnya terbuka.
§Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
§Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
§Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.
§Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.
§Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.
§Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
§Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit